fb fb fb fb fb

Antoine Griezmann jadi penyelamat, benam Athletic Bilbao 1-0

(FOTO AFP)

PALMA, 16 Oktober- Penyerang Perancis, Antoine Griezmann menjadi penyelamat buat skuad Atletico Madrid selepas jaringannya menghadiahkan tiga mata ketika menentang Athletic Bilbao, awal pagi tadi.

Ia sekali gus mengubah kedudukan semasa Atletico Madrid ke tangga ketiga La Liga memintas pasukan lawan dari Basque itu.

Jaringan gol Alvaro Morata pada minit ke-10 dinafikan oleh pengadil selepas cubaan itu dilihat menjatuhkan pemain pertahanan, Yeray Alvarez.

Antoine Griezmann memecah kebuntuan pasukan dengan menyempurnakan hantaran pendek dari Morata untuk mencetak gol sulung perlawanan itu pada minit ke-46.

Sebelum tamat permainan, kekhilafan pengadil menghadiahkan sepakan penalti nyata menampakkan sinar buat skuad Athletic namun 'Video Assistant Referee' (VAR) menafikan peluang itu selepas tiada situasiĀ bola terkena tangan oleh pemain Atletico Madrid.

Griezmann yang sebelum ini banyak melepaskan peluang berharga mencipta jaringan dalam dua perlawanan menentang Club Brugge pada Liga Juara-Juara, kini kembali gembira berada pada tahap terbaik.

"Semua pemain bekerja keras, itulah kami, semua berlari bersama, menyerang bersama, kami lakukan dengan bagus," kata penyerang itu.

"Kami melakukannya ketika berdepan Club Brugge juga tetapi hari ini, dibantu sedikit nasib, bola masuk.

"Esok saya akan gembira kerana anak saya akan bertanya jika saya ada menjaringkan gol, dan saya boleh beritahu dia, ya."

Atletico Madrid kini berada di tangga ketiga La Liga dan akan bertemu Rayo Vallecano pada 19 Oktober ini.-AFP


(Penyerang Atletico Madrid, Angel Correa melepasi halangan tiga pemain Athletic Bilbao
dalam perlawanan awal pagi tadi di Stadium San Mames/AFP)


Media Baharu