fb fb fb fb fb

Tewas lawan Oman, Harimau Malaya perlu bangkit di Bukit Jalil

Foto FB FAM

KUALA LUMPUR, 22 Mac- Hasrat Harimau Malaya untuk meraih sekurang-kurangnya keputusan seri menentang Oman tidak kesampaian.

Malaysia tewas 0-2 dalam aksi ketiga Kumpulan D saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang berlangsung di Muscat, awal pagi tadi.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Sultan Qaboos menyaksikan skuad Harimau Malaya mempamerkan aksi seimbang pada separuh masa pertama.

Tuan rumah dilihat mula mendominasi permainan pada babak kedua perlawanan yang menyaksikan gol pertama Oman dijaringkan oleh Issam Al-Sabhi pada minit ke-58.

Skuad bimbingan Kim Pan Gon cuba untuk bangkit namun kelemahan di bahagian pertahanan telah membuka ruang untuk Oman menambah gol kedua pada minit ke-88 menerusi Muhsen Saleh Al Ghassani.

Keputusan awal pagi tadi menyaksikan Malaysia kini berada di kedudukan ketiga Kumpulan D berkongsi enam mata dengan pendahulu, Oman dan Kyrgyzstan yang berada di kedudukan kedua.

Selepas ini, Malaysia dijadual melayan kunjungan Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Mac.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM