fb fb fb fb fb

Sony Nordé, senjata baharu skuad Sang Kenari

Foto FB KDA FC

ALOR SETAR, 22 Mac- Pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman, (KDA FC) mengumumkan Sony Nordé sebagai pemain import baharu pasukan itu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini.
 
Kehadiran pemain berusia 34 tahun itu bakal memperkuat jentera serangan pasukan Sang Kenari dengan rangkaian pemain berpengalaman, yang terdiri daripada Syafiq Ahmad dan Sukhrob Nurulloev.
  
KDA FC dalam kenyataan memaklumkan pemain kelahiran Haiti itu sangat dikenali di Liga Malaysia apabila telah bersama dua pasukan iaitu Melaka United FC dan Terengganu FC.

Sony yang terkenal dengan gerakan lincahnya, mampu menghasilkan gol menakjubkan menerusi rembatan padu dari dalam mahupun luar kotak penalti.
 
"Pengalaman Sony dan kelincahan beliau amat ditagih dalam melonjak prestasi Sang Kenari musim ini sekali gus mencabar pasukan-pasukan di Liga Malaysia," jelas KDA FC dalam kenyataan.
 
Sony Nordé dijangka di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, petang ini.
 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM