fb fb fb fb fb

Terus sokong Harimau Malaya menentang Bangladesh esok - Faizal Azumu

(FOTO FB FAM)

IPOH, 13 Jun - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu momentum baik yang ditunjukkan skuad kebangsaan dapat dikekalkan menentang Bangladesh esok.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata di bawah kendalian jurulatih Kim Pan Gon, skuad kebangsaan menunjukkan peningkatan ketara dan beliau berharap prestasi itu dapat diteruskan.

Justeru, beliau mahu semua penyokong dapat meneruskan sokongan kepada pasukan negara agar dapat ke peringkat yang lebih tinggi.

"Saya nampak ada peningkatan ketara dengan jurulatih Kim Pan Gon ini, saya harap momentum penigkatan ini dapat berterusan.

"Kita akan mempunyai satu pasukan yang cukup hebat yang akan bertarung di peringkat yang lebih tinggi, tapi kita mesti terus bagi sokongan, jangan sentiasa terlalu menuding jari tapi kita belajar dari kesilapan dan bangkit," kata Ahmad Faizal selepas majlis perasmian Surau Al-Faizin Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan Ulu Kinta, di sini.

(Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu)

Ahmad Faizal turut berharap tiada lagi pihak yang saling menuding jari berikutan kekalahan Malaysia dalam perlawanan menentang Bahrain Sabtu lalu.

Jelasnya, pemain negara telah memberikan persembahan hebat dengan semangat juang yang tinggi meskipun tewas 2-1 di tangan Bahrain.

"Pada saya penjaga gol negara telah banyak jasanya kepada kita. Beliau telah mendedikasikan hidup dia kepada sukan dan juga kepada perlawanan ini tentunya beliau tidak mahu gagal tetapi ianya telah berlaku.

"Kita harap setiap kesilapan itu kita belajar dan bukan kita tuding jari sehingga merosakkan beliau sebagai seorang atlet, kenanglah jasa beliau sebagai seorang pemain juga," katanya.

Media Baharu