fb fb fb fb fb

Pasukan ragbi wanita Terengganu bertemu Selangor, Sabtu ini

KUALA NERUS, 13 Jun - Pasukan ragbi lelaki dan wanita Terengganu masing-masing membuat kejutan serentak dengan mara ke peringkat akhir, bagi perebutan kejuaraan Kejohanan Ragbi Lelaki Bawah 19 Tahun Kebangsaan edisi ke-5 dan Kejohanan Ragbi Wanita 15 Sepasukan Kebangsaan yang julung kali dipertandingkan.

Terengganu yang hadir selaku bukan pasukan pilihan diundi dalam kumpulan B bersama Wilayah Persekutuan Labuan dan Pahang.

Pasukan wanita Terengganu pula satu kumpulan bersama pasukan pilihan iaitu Kedah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi aksi Kumpulan B wanita.

Aksi peringkat kumpulan B wanita di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus ternyata tuah perlawanan memihak kepada pasukan tuan rumah menafikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang hadir selaku pasukan pilihan dengan dua jatuhan percubaan untuk berkeputusan 14 berbalas 3.

Terdahulu pada aksi perlawanan pertama Terengganu ditewaskan Kedah dengan keputusan 62 berbalas 5.

Situasi terkini ini meletakkan pasukan ragbi wanita Terengganu layak untuk mara ke pusingan penentuan separuh akhir bertemu Selangor Sabtu ini di Padang Utara, Petaling Jaya.

Dalam kategori lelaki bawah 19 tahun Terengganu turut membuat kejutan untuk menafikan Pahang 11-0.

Wilayah Persekutuan Labuan pula ditewaskan oleh Pahang 10-12.

(Nizam ketika ditemui pemberita)

"Pertama kali ketika kumpulan keluar, pertama kali kita liha pasukan Kedah memang kita rasa bukan pilihanlah. PDRM juga satu pasukan dalam itu. PDRM ini satu pasukan yang berpengalaman. Jadi kita sebagai bukan pilihan ini bermain hanya sekadar memenuhi pasukan pada awalnya," kata Pengurus Pasukan Ragbi Terengganu, Nizam Kamal.

Media Baharu