KUALA LUMPUR, 30 Januari- Terengganu FC (TFC) bakal mengasah taji dalam empat aksi persahabatan dengan kelab liga utama Thailand Februari ini.
Ia sebagai persediaan bertemu Johor Darul Ta'Zim FC dalam perlawanan Piala FA yang dijadual berlangsung pada 24 Februari ini di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru.
Jelas jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner anak-anak buahnya kini masih lagi mencari rentak permainan memandangkan mereka baharu sahaja digandingkan.
Untuk itu aksi pra musim menentang kelab tempatan dan Thailand amat penting bagi memperkemaskan pasukan.
"Saya akan membuat persiapan yang terbaik dan saya harap perlawanan pertama bagi JDT dan juga perlawanan yang pertama bagi kami, kami mampu menewaskan mereka," katanya.
(Jurulatih TFC, Tomislav Steinbruckner)
Beliau berkata demikian kepada media selepas pasukannya seri 0-0 menetang KL City FC dalam aksi persahabatan di ibu negara.
Tomislav mendesak pemainnya segera menyesuaikan diri bagi mengharungi liga 2023 yang dilihat sangat kompetetif.