(Novak Djokovic bersama trofi Norman Brookes Challenge selepas menang
acara perseorangan Terbuka Australia dekat Melbourne/AFP)
MELBOURNE, 30 Januari- Tenis Terbuka Australia menyaksikan Novak Djokovic menewaskan Stefanos Tsitsipas dalam straight set di Rod Laver Arena, Melbourne.
Pemain Serbia itu berjaya meraih kemenangan 6-3, 7-6, 7-6 dalam masa kurang tiga jam.
Ia adalah kejuaraan Terbuka Australia ke-10 buat Djokovic.
Kemenangan itu menyaksikan pemain berusia 35 tahun tersebut meraih gelaran ke-10 sekali gus melebarkan rekod di Melbourne Park.
Ini juga merupakan mahkota Grand Slam ke-22 pemain Serbia itu, menyamai rekod pemain Sepanyol Rafael Nadal.
Djokovic kembali bergelar pemain nombor 1 dunia buat kali pertama sejak Jun tahun lalu.- AFP
(FOTO AFP)