fb fb fb fb fb

KBS pertimbang sukan catur disenaraikan pada SUKMA akan datang

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 30 Januari-Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mempertimbangkan untuk sukan catur dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) pada masa akan datang.

Menteri Belia dan Sukan , Hannah Yeoh, berkata sukan berkenaan semakin berkembang pesat seiring dengan kemajuan teknologi dan diminati oleh masyarakat.

Jelas Hannah Yeoh, cadangan berkenaan akan disampaikan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi yang dianggotai wakil semua 14 negeri.

Penganjuran pertandingan peringkat kebangsaan bagi mencungkil bakat baharu akan diperbanyakkan.

"Seperti sesi perjumpaan yang saya adakan bersama atlet. Ramai atlet berkata mereka hendak lebih banyak pertandingan catur. Tetapi ia melibatkan kos dan terpaksa berkongsi dengan pihak korporat.Kita dalam perbincangan dengan kementerian kewangan untuk tengok bagaimana kerajaan boleh membantu untuk menganjurkan lebih banyak pertandingan untuk semua sukan,bukan sahaja catur", ujarnya demikian di Bangi.


(Menteri Belia Dan Sukan, Hannah Yeoh/ FOTO RTM)

Media Baharu