fb fb fb fb fb

Terbuka Thailand: Sze Fei-Nur Izzuddin berdepan beregu nombor tiga dunia di suku akhir

BANGKOK, 20 Mei - Beregu badminton lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin bakal berhadapan pasangan nombor tiga dunia, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi dari Jepun dalam perlawanan suku akhir petang ini.

Berdasarkan rekod pertemuan, pasangan negara yang baru sahaja menghuni ranking ke-12 dunia itu, menang sekali dalam 3 pertemuan.

(FOTO BAM)

Semalam, Sze Fei-Izzuddin menempah tempat ke suku akhir apabila berjaya menumpaskan pasangan adik beradik Popov dari Perancis dengan mata 21-16, 21-11 dalam tempoh setengah jam.

Takuro-Yugo pula mara selepas menyingkirkan beregu China, Liang Wei Keng dan Wang Chang dengan keputusan 21-13, 19-21 dan 21-13 dalam pertarungan yang berlangsung hampir satu jam.

Media Baharu