BANGKOK, 17 Mei-Beregu lelaki utama negara dan juara Asia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik layak ke separuh akhir Terbuka Thailand selepas menundukkan beregu muda negara, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King pada aksi suku akhir semalam.
Pilihan kedua kejohanan itu mudah menewaskan Wan Arif-Roy King dengan kemenangan straight set 21-12, 21-13, sekali gus bakal bertemu wakil tuan rumah yang juga pilihan kelima kejohanan, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh, hari ini.
Sementara itu, dalam acara beregu wanita, pasangan utama negara, Pearly-Thinaah berjaya mara ke separuh akhir selepas menewaskan pasangan China, Cheng Qing Chen-Wang Ting Ge dengan straight set 21,14,21-11 dalam tempoh 34 minit.
Pearly-Thinaah dijadualkan menentang pasangan Jepun, Rui Hirokami-Sayaka Hobara petang ini.