fb fb fb fb fb

Terbuka Perancis: Swiatek intai rebut Roland Garros kelima

Pemain Poland, Iga Swiatek - Foto AFP

PARIS, 28 Mei- Bintang Poland, Iga Swiatek mengintai peluang untuk merebut gelaran Roland Garros kelima dan keempat berturut-turut sejak 2022.

Beliau dijadual menentang bekas juara Terbuka Amerika Syarikat, Emma Raducanu dari Britain pada pusingan kedua malam ini.

Pilihan utama kejohanan, Aryna Sabalenka dan Carlos Alcaraz turut beraksi pada pusingan sama.

Swiatek sedang berusaha menjadi wanita pertama memenangi kejuaraan Terbuka Perancis kali keempat berturut-turut sejak Suzanne Lenglen, 102 tahun lalu.

Pemain berusia 23 tahun itu, yang kini menghuni ranking kelima dunia, membuka kempennya dengan kemenangan straight set menentang Rebecca Sramkova.

Lawan beliau seterusnya ialah Raducanu yang tidak pernah tewas satu set pun dalam empat pertemuan sebelum ini.

"Kami tahu permainan masing-masing. Yang pasti saya perlu bersungguh-sungguh dan fokus pada diri sendiri," kata Swiatek, yang mempunyai rekod menang-kalah 36-2 di Terbuka Perancis.

Sementara itu, penyandang juara kategori perseorangan lelaki Alcaraz akan menentang Fabian Marozsan dari Hungary untuk merebut tempat ke pusingan ketiga.

"Saya mengkaji sedikit tentang lawan saya. Saya tahu Fabian suka melakukan pukulan jatuh.

"Jadi mungkin saya akan memberi tumpuan tambahan dan saya bersedia ke arah itu," kata Alcaraz, pilihan kedua kejohanan.

Pilihan ketujuh Casper Ruud yang juga dua kali naib juara Terbuka Perancis pada 2022 dan 2023 pula akan menentang Nuno Borges dari Portugal. - AFP

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello