PARIS, 3 Jun- Pemain tenis Belarus, Aryna Sabalenka mara ke suku akhir Terbuka Perancis pada Isnin dengan kemenangan 6-2, 6-3 ke atas pilihan ke-22 dari Amerika Syarikat, Emma Navarro.
Juara dua kali Terbuka Australia, Sabalenka akan menentang Varvara Gracheva atau Mirra Andreeva yang berusia 17 tahun untuk merebut tempat ke separuh akhir.
Pilihan kedua Sabalenka, semifinalis di Paris pada 2023, telah mara sekurang-kurangnya empat perlawanan terakhir dalam enam aksi Grand Slam terakhirnya.
Pemain berusia 26 tahu itu dijangka menjadi saingan sengit Iga Swiatek dalam usaha atlet Poland itu untuk meraih kejuaraan Terbuka Perancis keempatnya.-AFP