fb fb fb fb fb

Masters China: Pang Ron-Su Yin ke final

Foto Facebook Persatuan Badminton Malaysia (BAM)

SHENZHEN, 23 November-Beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin cipta sensasi selepas tumbangkan pilihan ketiga, Tang Chun Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong untuk melangkah ke final Masters China 2024.

Pada pertembungan separuh akhir di Gimnasium Shenzhen...Pang Ron-Su Yin merakam kemenangan dramatik 21-14, 17-21, 21-19 dalam tempoh 65 minit.

Kejayaan itu menyaksikan pasangan nombor 23 dunia itu melakar satu lagi kejutan selepas berjaya mengetepikan pilihan kedua dari China di pusingan kedua, Khamis lepas.

Di pentas final esok, mereka akan berentap dengan pilihan pertama yang juga dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.

Mereka menundukkan satu lagi wakil negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di separuh akhir dengan keputusan 21-18, 21-13.

Ini kali kedua Pang Ron-Su Yin bertemu dengan lawan yang sama.

Kali pertama adalah pada separuh akhir Terbuka Hong Kong, September lepas yang menyaksikan kekalahan beregu negara.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD