fb fb fb fb fb

Terbuka Madrid: Casper Ruud raih kejuaraan Masters 1000 pertama

FOTO AFP

MADRID, 5 Mei - Casper Ruud akhirnya meraih gelaran terbesar dalam kariernya apabila menewaskan Jack Draper 7-5, 3-6, 6-4 dalam perlawanan akhir Terbuka Madrid pada Ahad.

Ini merupakan kemenangan pertama pemain Norway itu dalam kejohanan Masters 1000, selepas tewas dalam enam aksi akhir sebelum ini, termasuk tiga Grand Slam.

Pertarungan di Stadium Manolo Santana berlangsung sengit selama dua jam setengah, dengan Ruud menunjukkan ketahanan mental untuk menundukkan Draper yang sedang meningkat naik.

Draper, yang akan melonjak ke ranking ke-5 dunia, gagal menambah koleksi gelarannya selepas memenangi Indian Wells pada Mac lalu.

“Saya rasa lega dan gembira. Ini pentas akhir ketujuh saya dan akhirnya saya berjaya. Nombor tujuh mungkin nombor bertuah,” kata Ruud, 26, yang sebelum ini hanya menang di kejohanan ATP 250 dan 500.

Dengan kemenangan ini, Ruud kini memiliki 13 gelaran ATP, dan kejayaan di Madrid menandakan peningkatan prestasi menjelang musim utama gelanggang tanah liat. - AFP

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI