fb fb fb fb fb

Bekas pelumba F1, Jochen Mass meninggal dunia

Kenyataan keluarga mendiang menerusi Instagram @jochenmass

PARIS, 5 Mei- Bekas pelumba Formula Satu (F1) Jerman dan juara perlumbaan Le Mans 24 Hour, Jochen Mass, meninggal dunia pada Ahad pada usia 78 tahun akibat komplikasi selepas diserang angin ahmar pada Februari lalu.

Perkara itu dimaklumkan keluarganya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Mass memulakan kerjaya dalam perlumbaan F1 bersama pasukan Surtees sebelum beralih ke McLaren, dan mencatat satu-satunya kemenangan Grand Prix di Sepanyol pada tahun 1975.

Bagaimanapun, beliau hanya menerima separuh mata bagi kemenangan itu selepas perlumbaan dibatalkan susulan kemalangan melibatkan rakan sepasukannya, Rolf Stommelen, yang mengorbankan beberapa penonton.

Mass mengundurkan diri daripada arena F1 pada tahun 1982 dan kemudian meraih kejayaan dengan menjuarai perlumbaan Le Mans 24 Hour pada tahun 1989. -AFP

SITI AISHAH MD ISA