MADRID, 4 Mei - Kylian Mbappe menjaringkan dua gol untuk membantu Real Madrid menewaskan Celta Vigo 3-2,di Santiago Bernabeu.
Keputusan itu sekali gus mengekalkan jurang empat mata di belakang pendahulu La Liga, Barcelona.
Real mendahului 3-0 hasil jaringan Arda Guler dan dua gol Mbappe, namun Celta yang berada di tangga ketujuh bangkit pada lewat perlawanan dan hampir menyamakan kedudukan.
Los Blancos kini bersedia menghadapi perlawanan El Clasico, pada minggu depan sebagai peluang terakhir untuk menghidupkan harapan kejuaraan.
Barca kini mendahului dengan 79 mata, diikuti rapat Real dengan 75 mata.
Manakala, Atlético Madrid berada di kedudukan ketiga dengan 67 mata.
Empat perlawanan terakhir musim ini akan menjadi penentu dalam perebutan gelaran La Liga. - AFP