LEIPZIG, 5 Mei - Bayern Munich merangkul gelaran ke-34 kejuaraan liga Jerman, Bundesliga selepas juara bertahan Bayer Leverkusen terikat 2-2 dengan SC Freiburg.
Kejuaraan itu turut membolehkan penyerang prolifik, Harry Kane yang kini berusia 31 tahun merangkul gelaran pertama dalam karier profesionalnya.
Terdahulu pencabar utama Munich, Leverkusen ketinggalan dua gol sebelum bangkit pada minit ke-82 menerusi jaringan pemain tengah menyerang, Florian Wirtz.
Pemain tengah Jonathan Tah kemudiannya menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan.
Bagaimanapun, ia sudah terlambat buat Leverkusen untuk mencipta gol kemenangan diperlukan bagi meneruskan cabaran kejuaraan.
Sementara itu, pengendali Leverkusen, Xabi Alonso mengucapkan tahniah kepada bekas kelabnya itu.
"Tahniah kepada Bayern Leverkusen. Ia adalah kejuaraan yang wajar. Mereka adalah pasukan yang lebih konsisten sepanjang musim ini dan berhak menjadi juara," kata Alonso kepada media sejurus tamat perlawanan. - AFP