LONDON, 5 Mei - Manchester United perlu berubah selepas pasukan itu tewas 3-4 kepada Brentford dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Komuniti Gtech.
Perkara itu ditegaskan pengendali pasukan, Ruben Amorim.
"Ini adalah gambaran pada musim ini. Kami bermula dengan baik dan dapat mengawal perlawanan dengan baik. Namun kami sedar akan bergelut dalam perlawanan menentang mereka (Brentford).
"Pemain perlu faham kami tidak boleh melakukannya lagi. Kami perlu mengubahnya," kata Amorim.
Terdahulu dalam perlawanan EPL menentang Brentford, Amorim melakukan lapan pertukaran apabila pemain-pemain utama direhatkan.
Keputusan itu dibuat selepas kejayaan The Red Devils menewaskan Athletic Bilbao, 3-0 dalam aksi separuh akhir pertama Liga Europa, Jumaat lalu.
Aksi timbal balik antara kedua-dua pasukan dijadual pada Jumaat ini. AFP