fb fb fb fb fb

Terbuka Indonesia: Kian Meng-Pei Jing akur tewas di tangan gandingan China

Foto FB BAM

KUALA LUMPUR, 8 Jun- Beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing gagal melangkah ke peringkat akhir Terbuka Indonesia 2024.

Tuah tidak menyebelahi mereka selepas ditumpaskan pasangan China, Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Istora Senayan, menyaksikan pasangan negara tewas 16-21 dan 18-21.

Pasangan China di ranking kelima dunia itu hanya memerlukan 39 minit untuk mara ke perlawanan akhir.

Kekalahan itu adalah yang ketiga buat Kian Meng-Pei Jing di tangan Zheng Bang-Ya Xin selepas turut kecundang suku akhir Masters Korea 2023 dan Kejohanan Badminton Asia 2023.

Pasangan China itu dijadual bertemu beregu ranking pertama dunia yang juga rakan senegara, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong yang menewaskan pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai 21-19, 21-19.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM