fb fb fb fb fb

Skuad memanah lelaki negara raih emas di Korea Selatan

Foto FB MSN

SUWON, 7 Jun- Skuad memanah lelaki negara meraih emas Piala Asia 2024 - Kejohanan Ranking Dunia Peringkat III di Suwon, Korea Selatan, hari ini.

Majlis Sukan Negara (MSN) dalam satu kenyataan di Facebooknya memaklumkan pasukan negara mengejutkan tuan rumah pada aksi akhir compound berpasukan lelaki.

Skuad memanah negara dibarisi Mohd Juwaidi Mazuki, Mohamad Syafiq Md Ariffin dan Alang Ariff Aqil Muhammad Ghazalli menumpaskan Choi Eun Gyu, Kang Donghyeon dan Lee Eun Ho, 236-234.

"MSN mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan negara yang berjaya menonjolkan prestasi terbaik untuk membawa pulang pingat emas," kata kenyataan itu.

Kejohanan memanah Piala Asia 2024 yang membuka tirai Isnin lepas dijadualkan berakhir esok.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM