fb fb fb fb fb

ARC 2024: Skuad ragbi 15 sebelah kebangsaan fokus berdepan Hong Kong esok

Foto RTM

SERDANG, 7 Jun- Skuad ragbi 15 sebelah kebangsaan terus mengekalkan semangat juang yang tinggi dan kekal memberi saingan dalam Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2024.

Untuk aksi seterusnya, skuad negara dijadual menghadapi pasukan Hong Kong, esok.

Ketua jurulatihnya, Mohd Farid Syazwan Abu Bakar memaklumkan walaupun tumpas kepada Korea Selatan minggu lalu, pemainnya memiliki motivasi tinggi dalam memburu kemenangan pertama.

Beliau yakin anak buahnya akan terus memberikan tumpuan sepanjang kejohanan berkenaan.

Barisan jurulatih rasa terkejut dengan motivasi tinggi kepada pemain walaupun kita telah tewas dengan pasukan Korea Selatan."

"Jadi, barisan jurulatih lihat tidak sedikit pun menjejaskan tumpuan para pemain untuk memberikan komitmen sehabis baik untuk membawa cabaran ragbi Malaysia," kata Mohd Farid kepada pemberita, di sini hari ini.

Pasukan kebangsaan akan berdepan pasukan Hong Kong di stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM