JAKARTA, 8 Jun - Pilihan ketiga dari Denmark, Anders Antonsen, menewaskan pemain Taiwan, Chou Tien-chen, dengan keputusan 22-20, 21-14 untuk merangkul gelaran perseorangan lelaki Terbuka Indonesia 2025, hari ini.
Kemenangan penuh emosi itu menandakan kejayaan yang telah lama dinanti-nantikan Antonsen.
Pemain itu sebelum ini sekadar muncul naib juara dalam kejohanan sama pada 2019 dan 2024.
Namun akhirnya dia berjaya merangkul gelaran Super 1000 dalam penampilan ketiganya di perlawanan akhir.
Dalam aksi di Istora Senayan itu, Tien-chen mendahului dengan 15-10 di set pertama, tetapi Antonsen bangkit untuk menang tipis 22-20.
Set kedua pula, Antonsen menguasai sepenuhnya permainan untuk menang 22-14 sekali gus mengesahkan kejuaraannya.

Sementara itu, harapan tuan rumah untuk merangkul kejuaraan beregu lelaki melalui gandingan Sabar Karyaman Gutama dan Moh Reza Isfahani tidak kesampaian.
Pasangan itu tewas kepada pilihan kelima dari Korea Selatan, Kim Won-ho dan Seo Seung-Jae.
Mereka berjuang habis-habisan namun tewas dalam pertarungan tiga set selama 1 jam 3 minit dengan keputusan 18-21, 21-19, 21-12.