STUTTGART, 9 Jun - Kylian Mbappe menjadi watak utama kemenangan pasukan Perancis ke atas tuan rumah Jerman 2-0 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga Liga Negara-Negara Eropah.
Meski perlawanan didominasi sepenuhnya oleh Jerman, pemain sensasi itu sempat mencuri peluang menjaringkan gol pendahuluan menerusi satu rembatan kencang dalam kotak penalti pada separuh masa pertama perlawanan.
Bersambung separuh masa kedua, ketika Jerman terkial-kial memburu gol penyamaan, anak buah Julian Nagelsmann dikejutkan lagi dengan gol kedua, hasil larian pantas Mbappe yang dengan mudah membuat tolakan bagi rakan sepasukannya Michael Olise menyumbat gol.
Ia kekalahan dua perlawanan berturut-turut Jerman kepada Perancis sejak tahun 2023 yang membuatkan peminat terus bertanya-tanya tentang perkembanagan pasukan menjelang sepak mula Piala Dunia tahun hadapan. - AFP