fb fb fb fb fb

Terbuka India: Aaron- Wooi Yik wakil tunggal negara ke separuh akhir

FOTO FB Badminton Association of Malaysia - BAM

KUALA LUMPUR, 20 Januari- Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil tunggal negara mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir Terbuka India di New Dehli, semalam.

Beregu nombor empat dunia itu menewaskan pilihan kelapan kejohanan, Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China 21-19 dan 21-19 pada aksi suku akhir selama 45 minit di Dewan Tertutup K.D Jadhav.

Di separuh akhir hari ini, gandingan terbaik negara itu akan membuat perhitungan dengan pilihan kedua kejohanan yang juga wakil tuan rumah Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.

Sementara itu, nasib berbeza di peringkat suku akhir menimpa beregu campuran profesional negara apabila Goh Soon Huat- Shevon Lai Jemie tewas 13-21, 13-21 di tangan pilihan kelima kejohanan, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dari China.

Turut tersingkir, pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia yang ditunjukkan jalan keluar oleh pemenang China Masters 2023, Kodai Naraoka dari Jepun 21-13, 9-21 dan 16-21.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE