fb fb fb fb fb

Terbuka Hong Kong: Pearly -Thinaah mudah ke pusingan kedua

Foto BERNAMA

HONG KONG, 9 September-Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah memulakan kempen Terbuka Hong Kong 2025 dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua.

Beraksi di Hong Kong Coliseum, pasangan pilihan kedua itu hanya mengambil masa 25 minit untuk menundukkan beregu tuan rumah, Chu Wing Chi-Yu Yi Kiu, straight set 21-9, 21-9.

Kemenangan itu mengekalkan momentum positif mereka selepas meraih pingat perak Kejohanan Dunia minggu lalu.

Namun nasib berbeza dialami beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik selepas ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama apabila tewas mengejut kepada beregu England, Ben Lane-Sean Vendy, 13-21, 13-21.

Kekalahan itu sekali gus menyaksikan beregu ranking kelima dunia itu tewas buat kali kedua berturut-turut kepada lawan sama selepas Terbuka Artik 2024.

Turut terkandas, pasangan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang tewas sengit kepada gandingan Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan, 24-22, 20-22, 17-21.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD