fb fb fb fb fb

Terbuka Halle: Zverev tepati ramalan ke separuh akhir, buru gelaran sulung gelanggang rumput

Pemain tenis Jerman, Alexander Zverev / AFP

HALLE, 21 Jun- Pemain pilihan tuan rumah, Alexander Zverev melangkah bergaya ke peringkat separuh akhir Terbuka Halle pada Jumaat, dalam usaha memburu gelaran pertama di gelanggang rumput.

Zverev menundukkan pemain muda Itali, Flavio Cobolli, 6-4, 7-6(8) dalam aksi suku akhir, sekali gus mengesahkan pertemuan menentang pilihan ketiga dari Rusia, Daniil Medvedev, yang sebelum itu menewaskan pemain Amerika Syarikat, Alex Michelsen, 6-4, 6-3.

Satu lagi aksi separuh akhir bakal menemukan juara edisi 2023, Alexander Bublik dengan pilihan kelapan dari Rusia, Karen Khachanov.

Bublik, yang sebelum ini menyingkirkan juara bertahan Jannik Sinner, meneruskan aksi cemerlang dengan menewaskan Tomas Machac dari Republik Czech 7-6(2), 6-3.

Pemain Kazakhstan itu mencatat 37 pukulan kemenangan dalam perlawanan tersebut.

Sementara itu, Khachanov mudah menewaskan wakil Argentina, Tomas Etcheverry, 6-3, 6-2 bagi melengkapkan senarai empat pemain terbaik kejohanan.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE