fb fb fb fb fb

Barcelona ikat Joan Garcia hingga 2031, kukuh posisi penjaga gol

Joan Garcia, memeterai kontrak jangka panjang bersama Barcelona sehingga tahun 2031 / FC Barcelona

BARCELONA, 21 Jun- Penjaga gol baharu Barcelona, Joan Garcia, secara rasmi menandatangani kontrak bersama juara LaLiga itu pada Jumaat, selepas melengkapkan perpindahan dari kelab setempat, Espanyol.

Garcia, 24 tahun, memeterai kontrak jangka panjang yang akan menyaksikan beliau kekal di Camp Nou sehingga tahun 2031.

Barcelona sebelum ini mengumumkan penyertaannya pada Rabu, selepas mengaktifkan klausa pelepasan bernilai 25 juta euro (sekitar AS$28.75 juta) bagi pemain antarabangsa remaja Sepanyol itu.

Sepanjang musim LaLiga 2024-25, Garcia mencatat rekod paling banyak menyelamat percubaan gol dengan 146 aksi, menjadikannya penjaga gol paling "sibuk" dalam liga. Beliau juga antara dua pemain yang tidak pernah direhatkan sepanjang musim, bersama penjaga gol Getafe, David Soria.

Kehadiran Garcia dijangka memberi saingan kepada penjaga gol utama pasukan, Marc-Andre ter Stegen dari Jerman, yang terlepas sebahagian besar musim akibat pembedahan lutut.

Dalam usaha menampung kekurangan di benteng terakhir, Barcelona memanggil semula Wojciech Szczesny daripada persaraan. Penjaga gol berpengalaman itu tampil dalam 30 perlawanan, menyumbang besar kepada kejuaraan treble domestik, musim lalu. -REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE