LONDON, 1 Januari - Enzo Maresca telah meninggalkan jawatannya sebagai ketua jurulatih Chelsea selepas 18 bulan memimpin kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, menurut kenyataan rasmi kelab pada Khamis.
Keputusan yang dipersetujui kedua-dua pihak itu bagi memberi peluang untuk memulihkan prestasi pasukan musim ini.
Chelsea kini berada di tangga kelima EPL, 15 mata di belakang Arsenal, dengan hanya satu kemenangan dalam tujuh perlawanan terakhir.
Spekulasi mengenai kedudukan Maresca meningkat susulan prestasi hambar dan hubungan tegang dengan pihak pengurusan kelab.
Maresca juga tidak hadir sidang media selepas perlawanan menentang Bournemouth Rabu lepas.
Pihak kelab menyatakan ketidakhadirannya disebabkan masalah kesihatan.
Di bawah kepimpinannya, Chelsea memenangi Piala Dunia Kelab 2025 dan Liga Koferensi 2025 serta kembali ke Liga Juara-Juara musim ini.
Kontrak pengendali berusia 45 tahun itu sepatutnya tamat pada 2029 dengan pilihan sambungan satu tahun.
