PERTH, 1 Januari - Pemain tenis Greece, Stefanos Tsitsipas, mendedahkan pernah serius mempertimbangkan untuk bersara akibat kesakitan belakang yang teruk sepanjang musim 2025.
namun rawatan perubatan yang dijalani kini menunjukkan hasil positif.
Bekas pemain nombor tiga dunia itu kini jatuh di ranking ke-36 selepas hanya bermain dua perlawanan Piala Davis sejak tersingkir pada pusingan kedua Terbuka Amerika Syarikat (AS) tahun lalu.
“Saya paling teruja melihat bagaimana latihan sebenar memberi kesan terhadap belakang saya,” kata Tsitsipas ketika bersiap untuk membuka kempen 2026 Greece di United Cup di Perth yang bermula dari 2 hingga 11 Januari.
“Bimbangan terbesar saya adalah mampu menamatkan perlawanan. Selepas kekalahan di Terbuka AS, saya tidak dapat berjalan dua hari dan mula mempertimbangkan masa depan kerjaya,” tambahnya.
Beliau kini berpuas hati dengan rawatan semasa dan berjaya menamatkan lima minggu latihan pra-musim tanpa rasa sakit, mensasarkan prestasi terbaik pada 2026 dan di United Cup.
Pasukan Greece, termasuk bekas pemain nombor tiga dunia Maria Sakkari, diletakkan dalam kumpulan bersama Jepun yang dibarisi Naomi Osaka dan Britain diketuai Emma Raducanu.
