fb fb fb fb fb

Terbuka Denmark: Lee Zii Jia mara ke separuh akhir

(FOTO FB BAMalaysia)

COPENHAGEN, 21 Oktober - Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia melangkah penuh bergaya ke peringkat separuh akhir selepas berjaya menewaskan pemain Jepun, Kenta Nishimoto,pagi tadi.

Zii Jia menang dalam aksi straight set 21-18,21-18 dalam masa 51 minit.

Juara terbuka Finland 2023 itu tampil dengan penuh keyakinan selepas kurang melakukan kesilapan sendiri dalam aksi pagi tadi.

Pada aksi separuh akhir, Zii Jia bakal bertemu pemain di kedudukan ke-18 dunia dari Hong Kong,Lee Cheuk Yiu.

Sementara itu, beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa berhempas pulas sebelum mara ke peringkat separuh akhir selepas menewaskan pasangan China Hi Ji Ting-Ren Xiang Yu.

Gandingan di kedudukan keempat dunia itu berentap hingga ke rubber set sebelum menang 24-22,18-22,21-12 dalam masa 64 minit.

Menanti Aaron dan Wooi Yik pada separuh akhir ialah pasangan di kedudukan ketujuh dunia dari Denmark Kim Astrup- Anders Skaarup Rasmussen.

Pasangan Denmark itu menewaskan pasangan beregu negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dalam aksi yang berlanjutan hingga rubber set, 21-19,11-21,21-14.

rtm

(Beregu badminton utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik/FOTO FB BAMalaysia)

Media Baharu