fb fb fb fb fb

F1 GP Amerika Syarikat: Charles Leclerc raih petak utama

(FOTO AFP)

AUSTIN, 21 Oktober- Pelumba Ferrari, Charles Leclerc akan bermula dari petak utama Grand Prix Amerika Syarikat dengan juara dunia Max Verstappen akan bermuka dari petak keenam selepas layak pada hari Jumaat.

McLaren Lando Norris akan berkongsi barisan hadapan perlumbaan pada Ahad di Austin dengan Leclerc.

Pelumba Mercedes Lewis Hamilton berada di barisan kedua dengan seorang lagi pemandu Ferrari Carlos Sainz.

Selepas mengesahkan petak utama, Leclerc nyata gembira dan untuk rekod, ia merupakan petak pertamanya yang ke-21 dalam karier.

"Saya suka trek ini. Saya suka suasana di sekitar trek ini, bandar dan negara. Seronok berada di sini," kata pelumba asal Monaco itu.

"Sebagai satu pasukan kami melakukan kerja yang hebat. Kami tahu pada hujung minggu ini adalah lebih penting untuk mempunyai FP1 yang bersih dan kami melakukannya.

"Selepas itu saya berasa baik dan saya gembira sepanjang kelayakan. Benar-benar gembira dengan bermula di petak pertama."

Sementara Hamilton, yang mempunyai rekod yang baik di Litar Amerika, amat mengharapkan keputusan yang baik menyebelahinya pada perlumbaan sebenar kelak.

"Saya akan memberikan yang terbaik saya pada hari Ahad," kata juara dunia tujuh kali itu.

Norris mengekalkan persembahan kuat McLaren baru-baru ini dan berkata: "Saya rasa saya sudah cukup melakukan terbaik untuk mendapat petak pertama. Agak memalukan, peluang itu terlepas lagi tetapi saya gembira.

"Kami berada dalam kedudukan yang baik. Charles adalah pemain permulaan yang baik dan sukar untuk mengeluarkannya dari barisan tetapi kami berada dalam kedudukan yang baik untuk hari Ahad dan saya gembira dengan itu."

Bermula dari barisan ketiga dengan Mercedes milik George Russell, Verstappen mempunyai tugas yang perlu dilakukan untuk memenangi perlumbaan ke-15 musim ini pada Ahad untuk menyamai rekod rekodnya dari 2022 dua minggu selepas melakar gelaran dunia ketiga berturut-turut di Qatar.-AFP

rtm
(FOTO AFP)

Media Baharu