fb fb fb fb fb

Bayern tidak gantung Mazraoui

(FOTO AFP)

MUNICH, 21 Oktober - Bayern Munich tidak akan mengambil tindakan disiplin terhadap bintang pertahanannya, Noussair Mazraoui susulan kenyataannya di media sosial berhubung konflik Hamas-Israel, kata kelab Bundesliga itu pada Jumaat.

"Bayern Munich telah meminta penjelasan selain mengadakan perbincangan dengan Noussair Mazraoui minggu ini", kata kelab berkenaan dalam satu kenyataan.

"Perbincangan berkenaan adalah berkaitan catatan Instagram Mazraoui berhubung keganasan terhadap Israel hampir dua minggu lalu, yang membawa kepada kegusaran dan kritikan", kata kelab itu lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Jan-Christian Dreesen menambah: "Noussair Mazraoui memberi jaminan kepada kelab bahawa sebagai seorang yang cintakan keamanan, dia( Mazraoui) dengan tegas menolak keganasan dan peperangan.

"Dia tidak pernah berniat untuk menimbulkan sebarang keresahan melalui hantarannya di media sosial", kata Dreesen.

Sekurang-kurangnya, 4,137 rakyat Palestin terbunuh, manakala 13,000 cedera di Gaza dalam serangan pengeboman oleh Israel menurut Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan pada Jumaat-REUTERS

rtm
(FOTO Twitter/@iMiaSanMia)

Media Baharu