fb fb fb fb fb

Terbuka DC : Raducanu, Fernandez ke separuh akhir

Foto REUTERS

WASHINGTON, 26 Julai – Emma Raducanu dari Britain dan Leylah Fernandez dari Kanada masing-masing melakar kebangkitan pada set kedua untuk mara ke separuh akhir Terbuka DC, awal pagi Jumaat.

Raducanu, yang menduduki ranking ke-46 dunia, menewaskan pemain Greece Maria Sakkari 6-4, 7-5 selepas bangkit daripada ketinggalan dua ‘break’ dalam set kedua dengan memenangi empat permainan berturut-turut.

Kemenangan berkenaan merupakan kejayaan keempat Raducanu ke atas Sakkari sejak kemenangan di pentas akhir Terbuka AS 2021.

Dalam satu lagi aksi suku akhir, Fernandez yang berada di ranking ke-36 dunia, turut bangkit selepas ketinggalan 3-5 dalam set kedua sebelum menewaskan wakil tuan rumah Taylor Townsend 6-4, 7-6(4).

Dua lagi perlawanan suku akhir bakal menemukan pilihan utama Elena Rybakina menentang Magdalena Frech, manakala Anna Kalinskaya berdepan Clara Tauson. - REUTERS.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD