WASHINGTON, 26 Julai – Pemain pilihan kelapan dari Rusia, Daniil Medvedev tewas mengejut di tangan pemain bukan pilihan, Corentin Moutet dari Perancis dalam aksi suku akhir yang penuh emosi menyaksikan beliau mematahkan raket akibat kecewa.
Medvedev, yang kini berada di ranking ke-14 dunia, bermula cemerlang apabila memenangi set pertama 6-1. Namun, prestasinya merosot dan memberi peluang kepada Moutet (ranking ke-59) bangkit memenangi dua set berikutnya 6-4, 6-4.
Medvedev turut melakukan 10 'double fault' dalam perlawanan itu, termasuk satu kesilapan ketika break point yang membolehkan Moutet mendahului 5-4 pada set kedua.
Dengan kemenangan itu, Moutet akan menentang pilihan ketujuh, Alex de Minaur dari Australia di separuh akhir esok, selepas de Minaur menewaskan pilihan ke-14 dari Amerika Syarikat, Brandon Nakashima 6-4, 6-4. - REUTERS