fb fb fb fb fb

Terbuka China 2025: Aaron-Wooi Yik puas hati di tempat kedua

Final Terbuka China 2025 / foto FB BAM

CHINA, 27 Julai - Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa berpuas hati di tempat kedua selepas tewas kepada gandingan Indonesia pada aksi final Terbuka China 2025 di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik hari ini.

Hasrat memburu gelaran pertama kejohanan bertaraf Super 1000 tidak kesampaian apabila pasangan Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri beraksi garang untuk menang straight set dalam masa 35 minit.

Juara dunia 2022 itu boleh dilihat bergelut untuk membaca permainan gandingan Indonesia sejak awal permainan dengan ketinggalan 1-9 sebelum berakhir dengan 15-21 pada set pembukaan.

Set kedua menyaksikan nasib yang tidak jauh berbeza apabila beregu negara terus dibelenggu tekanan demi tekanan oleh lawan mereka yang nyata bermain tanpa tekanan dan penuh keyakinan dan akhirnya Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kekalahan 14-21.

Sebagai naib juara mereka membawa pulang AS$70,000 (RM295,146) manakala juara meraih AS$148,000 (RM624,000).

Ini merupakan final Super 1000 keenam buat Aaron-Wooi Yik yang sebelum ini sudah mengutip tiga gelaran musim ini - Terbuka Thailand, Terbuka Singapura dan Kejohanan Badminton Asia.

HASRON BIN HASSAN