fb fb fb fb fb

Terbuka Australia: Nadal tersingkir, peluang cerah buat Djokovic

(Novak Djokovic memulakan kempen untuk menyamai rekod 22 Grand Slam Nadal
dengan kemenangan ke atas Roberto Carballes Baena dari Sepanyol di
Terbuka Australia, Melbourne/ REUTERS)

MELBOURNE, 19 Januari- Novak Djokovic meneruskan kepulangan impiannya di Terbuka Australia dengan seteru utama dan juara bertahan, Rafael Nadal tersingkir daripada saingan.

Bintang tenis Serbia itu memulakan kempen untuk menyamai rekod 22 Grand Slam Nadal dengan kemenangan ke atas Roberto Carballes Baena dari Sepanyol.

Dia akan bertemu pemain ranking ke-191 dari Perancis, Enzo Couacaud di pusingan kedua petang ini.

Djokovic, 35, yang memburu gelaran ke-10 di Melbourne, terlepas aksi tahun lalu selepas dihantar pulang kerana pendiriannya berkenaan vaksin COVID-19.

"Saya tidak boleh meminta permulaan lebih baik di kejohanan ini daripada segi sokongan, perasaan saya di atas gelanggang serta permainan saya," kata Djokovic.

Nadal berpotensi menjadi lawan Djokovic sekiranya masing-masing lolos ke final, namun pemain Sepanyol itu cedera di bahagian pinggul ketika tewas straight set di tangan pemain ranking ke-65 dari Amerika Syarikat, Mackenzie McDonald. - AFP


(Juara bertahan Terbuka Australia, Rafael Nadal tewas straight set di tangan pemain
ranking ke-65 dari Amerika Syarikat, Mackenzie McDonald/ REUTERS)

Media Baharu