fb fb fb fb fb

Malaysia tewaskan New Zealand 3-2

INDIA, 19 Januari- Malaysia menamatkan saingan kumpulan C di tempat kedua selepas menewaskan New Zealand 3-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Kalinga, Bhubaneswar, di sini.

The Speedy Tigers memulakan perlawanan dengan positif apabila berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-9 hasil gol padang Faizal Saari.

Namun di suku kedua tiada sebarang gol dihasilkan walaupun anak-anak buah Arul Selvaraj banyak mengasak ke kubu New Zealand.

Malaysia yang ingin mencipta sejarah di Piala Dunia Edisi ke-15 itu terus mengasak ke kubu "The Black Kids" dan berjaya menggandakan kedudukan 2-0 pada minit ke-43 menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Muhammad Razie Abd Rahim.

Namun sebaik memasuki suku ke-4, New Zealand berjaya menyamakan kedudukan dua sama menerusi jaringan Hayden Phillips pada minit ke-52 dan Sam Lane seminit kemudian.

Faizal Saari muncul wira negara apabila meledak gol ke-3 Malaysia pada minit ke-57 untuk Malaysia menamatkan perlawanan sekali gus melonjak menempatkan ke kedudukan ke-2 kumpulan C dengan enam mata.

(Faizal Saari)

Media Baharu