fb fb fb fb fb

Terbuka AS: Pasangan adik beradik Williams tersingkir pada pusingan pertama

(Pemain AS Serena Williams dan Venus Williams menentang pemain Republik Czech, Lucie Hradecka dan
Linda Noskova semasa perlawanan pusingan pertama beregu wanita kejohanan Tenis Terbuka AS 2022
di Pusat Tenis Nasional USTA Billie Jean King di New York, pada 1 September 2022 / AFP)

NEW YORK, 2 September- Kempen beregu Serena dan Venus Williams di Terbuka Amerika terhenti seawal pusingan pertama Terbuka Amerika apabila pasangan adik-beradik yang bersatu semula itu disingkirkan gandingan Czech Lucie Hradecka dan Linda Noskova.

Perlawannan tersebut turut dikhabarkan sebagai perlawanan terakhir mereka bersama sebagai beregu selepas tewas 7-6 (7/5), 6-4 di Stadium Arthur Ashe.

Gandingan kakak adik itu, pemenang 14 mahkota Grand Slam dan tiga pingat emas Olimpik tidak bermain bersama dalam mana-mana kejohanan beregu sejak 2018.

Tetapi mereka telah diberikan wild card dalam undian untuk Terbuka AS tahun ini hanya beberapa minggu selepas Serena menyatakan dia merancang untuk bersara selepas kejohanan itu.

Pada Rabu, Serena mengekalkan kempen perseorangan Terbuka AS dengan aksi mengkagumkan, membuatkan penonton di Arthur Ashe terpesona.

Tetapi situasi berlainan pada Khamis apabila dua beradik itu beraksi dengan perlawanan pembukaan sesi malam.

Ketika Serena mempamerkan kecemerlangan yang telah menyerlahkan persembahan perseorangannya minggu ini, kakaknya Venus bergelut untuk mencari prestasi terbaiknya menentang duo Czech.

Pasangan beradik Williams itu tidak dapat memanfaatkan dua peluang untuk mendapatkan servis penting dalam set pertama, dan terpaksa 'membayar pada harga tinggi' apabila Hradecka dan Noskova meraih keputusan seri.

Didorong oleh persembahan set pembukaan mereka, gandingan Czech itu terus mempamerkan aksi terbaik merekala pada set kedua dan tidak lama kemudian mencatat mata 4-1 di depan.

Pasukan Williams sebaliknya enggan terus mengalah dan akhirnya mengekalkan semula kedudukan pada mata 4-4.

Tetapi harapan untuk kemunculan semula epik telah dipadamkan dengan pantas oleh gandingan Czech itu dengan menyaksikan Noskova selesa memegang servis untuk mendahului 5-4.

Gandingan Czech itu kemudian mengambil tiga mata perlawanan pada 0-40 pada servis Serena, menukar peluang kedua untuk meraih kemenangan.

Serena akan kembali ke Flushing Meadows pada hari Jumaat bagi melanjutkan kempen perseorangannya dengan pertembungan pusingan ketiga menentang pemain Australia, Ajla Tomljanovic -AFP


(Venus Williams dan Serena Williams dari Amerika Syarikat berjabat tangan dengan Linda
Noskova dan Lucie Hradecka 
dari Republik Czech selepas ditewaskan semasa perlawanan
Pusingan Pertama Beregu Wanita pada Hari Keempat Terbuka AS 2022/AFP)

 

Media Baharu