KUALA LUMPUR, 3 Julai - Pasukan Tenpin Boling Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mempamer aksi mengagumkan pada Kejohanan World Police & Fire Games (WPFG) 2025, di Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat, hari ini apabila merangkul empat emas.
Dalam satu hantaran di laman Facebook, JBPM memaklumkan pasukannya turut meraih tiga pingat perak dan tiga pingat gangsa.
Pasukan JBPM menguasai acara boling WPFG 2025 di Birmingham - Foto JBPM
Berlangsung di Vestavia Bowl, pasukan JBPM meraih emas dalam acara perseorangan wanita (Divisyen B) menerusi Nurul Hashimah Affandi serta beregu campuran (Divisyen A) menerusi gandingan Suhada Mohd Sayuthi dan Mohd Faizal Zainor Halim.
Pingat emas turut disumbang dalam acara beregu lelaki (Divisyen B) menerusi Mohamad Fauzi Mohamat Kifli dan Azrinnor Ahmad.
Manakala gandingan Tg Ahmad Zaim Tg Abu Bakar dan Nurul Hashimah Affandi menyumbang pingat emas keempat dalam acara beregu campuran (Divisyen A).
Pingat emas dirangkul dalam empat kategori dipertanding - Foto JBPM
Kilaun pingat perak pula hadir menerusi Mohamad Fauzi, Azrinnor dan Suhada masing-masing dalam acara perseorangan lelaki (Divisyen B), perseorangan wanita (Divisyen A) dan perseorangan lelaki 50 tahun ke atas (Divisyen B).
Manakala tiga pingat gangsa diraih menerusi Mohd Nurul Nasah Sidek, Tg Ahmad Zaim dan gandingan mantap Salihin Shahli melalui acara perseorangan lelaki (Divisyen A), perseorangan lelaki (Divisyen B) dan beregu lelaki (Divisyen A).