(FOTO AFP)
LONDON, 1 Julai - Jaguh tenis Sepanyol, Rafael Nadal berjaya melangkah ke pusingan ketiga Kejohanan Tenis Wimbledon selepas menewaskan Ricardas Berankis dengan keputusan 6-4, 6-4, 4-6, 6-3.
Lebih membanggakan itu juga adalah kemenangan Grand Slam ke-307 Nadal sepanjang kariernya.
Dalam aksi tersebut Nadal lebih banyak mendominasi perlawanan menentang pemain dari Lithuania itu.
Kesilapan yang dilakukan oleh Berankis turut memberi kelebihan kepada Nadal untuk menjarakkan kedudukan.
(Pemain tenis Sepanyol, Rafael Nadal/AFP)
Saingan itu juga menyaksikan Nadal berupaya melakukan 13 pukulan ace berbanding lawannya.
Selepas ini Nadal dijadual menentang Lorenzo Sonego dari Itali pada aksi pusingan ketiga pada Sabtu ini.
Ketika ini Nadal dalam misi untuk memburu gelaran Wimbledon ketiganya selepas menjuarainya pada tahun 2008 dan 2010.