fb fb fb fb fb

Jackie mahu catat rekod peribadi terbaik di Sukan Komanwel 2022

BUKIT JALIL, 1 Julai - Atlet Tukul Besi Negara, Jackie Wong mahu menjadikan penyertaan ketiganya di Sukan Komanwel sebagai kenangan manis dengan mencatat rekod peribadi terbaik dalam kariernya.

Menurut Jackie, biarpun sedar misi itu bukannya mudah, dia tetap yakin dapat menampilkan aksi terbaik demi Malaysia, sekali gus layak ke peringkat akhir.

"Tiada yang mustahil untuk saya mulakan, sebab kalau ikut ranking Sukan Komanwel lepas, catatan terbaik saya berada pada ranking kelapan dan kesembilan.

"Tinggal sebulan sahaja lagi, saya tidak tahu apa yang akan berlaku tapi saya akan gunakan peluang sebulan ini untuk membuat persiapan dan persediaan sebaik mungkin menjelang Sukan Komanwel nanti," katanya kepada pemberita di sini.

(Atlet Tukul Besi Negara, Jackie Wong/FOTO FB Jackie Wong)

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) sebelum ini meletakkan sasaran sekurang-kurangnya empat daripada tujuh atletnya layak ke peringkat akhir.

Jackie yang menjadi salah seorang daripadanya, merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA 2021 Hanoi dengan catatan sejauh 66.49 meter.

Media Baharu