PARIS, 31 Mei- Pemain Croatia, Marin Cilic berjaya menewaskan pemain di ranking kedua dunia, Daniil Medvedev untuk mara ke pusingan suku akhir Tenis Terbuka Perancis.
Cilic menang 6-2, 6-3, 6-2 dengan mendominasi perlawanan sejak mula permainan dan menamatkan perlawanan dalam masa sejam 45 minit.
Ia merupakan kali ketiga dalam kariernya berjaya mara ke pusingan lapan terakhir di gelanggang tanah liat di Paris.
(Pemain Croatia, Marin Cilic/ AFP)
Medvedev sebelum ini menang kesemua tiga perlawanan menentang pamain berusia 33 tahun itu yang berada di ranking ke-20, namun tidak mampu mengulanginya di Paris.
Cilic seterusnya akan bertemu seorang lagi pemain Rusia, Andrey Rublev untuk mencari tempat ke separuh akhir. -AFP