NEW YORK, 28 Ogos – Bintang tenis Belarus, Aryna Sabalenka bangkit daripada permulaan hambar sebelum menewaskan pemain bukan pilihan dari Rusia, Polina Kudermetova, 7-6(4), 6-2 untuk mara ke pusingan ketiga Terbuka AS pada Rabu.
Dalam pertemuan tersebut, Sabalenka yang tewas di permainan pertama, bangkit untuk menguasai tie-break set pertama.
Kudermetova gagal mengekalkan momentum selepas mendapatkan rawatan akibat kecederaan membolehkan Sabalenka memenangi perlawanan.
Sabalenka akan berdepan Leylah Fernandez dari Kanada, naib juara edisi 2021, pada pusingan ketiga.
Sementara itu, dalam kategori lelaki, Carlos Alcaraz mempamerkan aksi meyakinkan apabila menewaskan Mattia Bellucci 6-1, 6-0, 6-3 dalam masa hanya 96 minit.
Bintang Sepanyol itu, yang pernah tersingkir di pusingan awal tahun lalu, bakal bertemu dengan seorang lagi pemain Itali, Luciano Darderi, di pusingan ketiga. - REUTERS