fb fb fb fb fb

Tenis terbuka AS: Djokovic masih berharap untuk beraksi

PARIS, 1 Ogos - Bintang Serbia, Novak Djokovic masih berharap dia akan dibenarkan bermain di Terbuka Amerika Syarikat hujung bulan depan.

 Pemain tenis nombor satu dunia itu berdepan larangan untuk menyertai kejuaraan Grand Slam berikutan statusnya yang tidak mengambil vaksin COVID-19.

Peraturan semasa di pintu masuk udara Amerika menyatakan, warga asing yang ingin memasuki negara itu perlu menunjukkan bukti telah divaksin sepenuhnya, kecuali jika pemain tersebut mendapat pengecualian.

Melalui media sosialnya, Djokovic yang juga pemain ketujuh terbaik dunia ketika ini berkata, dia bersedia untuk bermain jika diberi kebenaran.

(FOTO REUTERS)



Walaupun peluang untuknya beraksi masih samar, nama pemain berusia 35 tahun itu tetap disenaraikan untuk kejohanan tersebut.

Pemenang 21 gelaran Grand Slam itu turut mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan mereka.

Ini termasuk petisyen yang diwujudkan mendesak Persatuan Tenis Amerika Syarikat dan kerajaan persekutuan agar Djokovic dibenarkan bermain di Terbuka AS bermula 29 Ogos ini.

Sehingga semalam, hampir 45,000 orang telah menandatangani petisyen berkenaan. - REUTERS

Media Baharu