fb fb fb fb fb

Tenis: Rybakina tamat kemarau kejuaraan di Strasbourg

Pemain Kazakhstan, Elena Rybakina / Foto REUTERS

STRASBOURG, 25 Mei-Bintang Tenis Kazakhstan, Elena Rybakina menamatkan kemarau kejuaraan lebih setahun apabila merangkul gelaran WTA di Terbuka Strasbourg, selepas menewaskan pemain Rusia Liudmila Samsonova dalam perlawanan akhir tiga set, Sabtu lalu.

Pemain Kazakhstan ranking ke-12 dunia itu mencatat kemenangan 6-1, 6-7 (1/7), 6-1, sekali gus meraih kejuaraan pertamanya sejak menang di Stuttgart pada April tahun lalu.

Pada perlawanan yang berlangsung selama dua jam 16 minit itu, Rybakina bermula garang apabila memenangi lima permainan berturut-turut dalam set pertama.

Namun, Samsonova cuba bangkit dan berjaya memenangi tie-break pada set kedua sebelum Rybakina kembali menguasai perlawanan dengan melakukan break pada permainan kedua dan keenam dalam set penentuan.

Kejayaan berkenaan memberi suntikan keyakinan kepada bekas juara Wimbledon itu menjelang kempen di Terbuka Perancis (Roland Garros), menyaksikan beliau akan bertemu pemain kelayakan dari Argentina, Julia Riera, pada pusingan pertama Isnin ini.-AFP.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD