fb fb fb fb fb

Tenis Paris Masters: Sinner mara ke suku akhir

Bintang tenis Itali, Jannik Sinner/REUTERS

PARIS, 31 Oktober - Bintang tenis lelaki Itali, Jannik Sinner meneruskan aksi cemerlang di Paris Masters apabila mara ke suku akhir kejohanan selepas menewaskan wakil Argentina, Francisco Cerundolo 7-5, 6-1 pada Khamis.

Kemenangan itu membuka peluang buat pemain Itali berusia 24 tahun itu untuk kembali merampas ranking nombor satu dunia susulan penyingkiran awal Carlos Alcaraz.

Sinner, yang belum tewas sebarang set sepanjang kejohanan, bakal berdepan pemain Amerika Syarikat, Ben Shelton, pada peringkat suku akhir.

Shelton mara selepas menumpaskan Andrey Rublev 7-6 (8/6), 6-3.

Sementara itu, juara bertahan kejohanan, Alexander Zverev, turut melangkah ke kelompok lapan terbaik selepas menewaskan Alejandro Davidovich Fokina 6-2, 6-4.

Pemain pilihan ketiga kejohanan itu akan bertemu Daniil Medvedev, yang menewaskan Lorenzo Sonego dalam tiga set.

Dalam aksi lain, Alexander Bublik menewaskan Taylor Fritz 7-6 (7/5), 6-2 untuk mara ke suku akhir menentang Alex de Minaur, manakala pemain Kanada, Felix Auger-Aliassime, bangkit untuk menundukkan Daniel Altmaier 3-6, 6-3, 6-2. - AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD