FLORIDA, 31 Oktober - Inter Miami memperkenalkan gambar rasmi pasukan bagi musim 2025 ketika saingan playoff Major League Soccer (MLS) semakin memuncak.
Gambar pasukan berkenaan menampilkan ketua pasukan Inter Miami, Lionel Messi, bersama pemilik bersama kelab Jorge Mas, Jose Mas serta legenda bola sepak England, David Beckham.
Messi sebelum ini menandatangani lanjutan kontrak bersama kelab itu sehingga musim 2028.
Namun beberapa rakan sepasukannya dijangka tidak akan lagi bersama skuad itu pada 2026.
Jordi Alba dan Sergio Busquets, mengumumkan persaraan daripada bola sepak profesional sebaik sahaja musim ini semasa berakhir.
Sementara itu, nasib penyerang Luis Suarez masih lagi menjadi teka teki selepas kontraknya dijangka tamat akhir tahun ini.
Tiada sebarang pengesahan bahawa penyerang Uruguay itu akan menandatangani kontrak baharu.
Dalam pada itu, ketua jurulatih, Javier Mascherano dijangka kekal bersama sehingga 2027.
Inter Miami kini mendahului Nashville SC 1-0 dalam siri pusingan pertama playoff yang menggunakan format Tiga Terbaik.
Aksi kedua dijadualkan berlangsung pada Sabtu di Nashville. - REUTERS