fb fb fb fb fb

Tenis Jelajah Akhir ATP, Djokovic cemerlang benam Tsitsipas

FOTO AFP

TURIN, 15 November - Bintang Serbia, Novak Djokovic meneruskan dominasinya ke atas Stefanos Tsitsipas selepas menewaskan pemain Greece itu 6-4, 7-6 pada aksi Tenis Jelajah Akhir ATP.

Ini kemenangan kesembilan berturut-turut Djokovic ke atas Tsitsipas dengan kali terakhir pertemuan ialah di kejohanan Masters Paris.

Turun selaku pilihan ketujuh, Djokovic beraksi dengan baik di set pertama apabila menewaskan Tsitsipas 6-4.

Namun, pemain berusia 35 tahun itu dipaksa bekerja keras di set kedua apabila lawannya yang merupakan pilihan kedua, bangkit dengan aksi labih baik.

Bagaimanapun, Djokovic tetap tenang mengatasi cabaran itu, sekali gus menutup permainan dengan kejayaan menerusi 'tie-break', 7-6.

Novak Djokovic selepas ini bakal bertemu Andrey Rublev untuk saingan dalam kumpulan yang seterusnya pada esok manakala Stefanos Tsitsipas akan bertemu Daniil Medvedev pada Khamis.-REUTERS


(Pemain tenis Greece, Stefanos Tsitsipas/AFP)

Media Baharu