fb fb fb fb fb

Temasya WPFG2022: JBPM bawa pulang 15 pingat emas

SEPANG, 4 Ogos- Kontinjen Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya membawa pulang 15 pingat emas menerusi temasya Sukan Polis dan Bomba Dunia 2022 (WPFG2022) yang berlangsung di Rotterdam, Belanda dari 22 hingga 31 Julai lepas.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata kejayaan itu hasil semangat serta disiplin tinggi dalam kalangan atlet terbabit yang mengambil bahagian dalam enam acara iaitu badminton, dart, boling, golf, bench press dan push pull.

"Kita telahpun memperolehi kejayaan yang melebihi daripada sasaran, kita harap kejayaan ini akan kita bawa sekali di dalam memberi perkhidmatan dan juga penyampaian perkhidmatan kepada rakyat di Malaysia ini.

"Saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat," katanya.

(Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid)

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan kontinjen terbabit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini.

Selain pingat emas, kontinjen itu juga meraih 11 pingat perak dan 11 pingat gangsa.

WPFG2022 disertai lebih 10,000 atlet bomba dan polis dari 70 negara.

Media Baharu