fb fb fb fb fb

Temasya Paralimpik Paris 2024 dibuka gilang-gemilang

Kontinjen Paralimpik negara pada pembukaan rasmi Sukan Paralimpik Paris 2024 / Foto Bernama

PARIS, 29 Ogos - Majlis Pembukaan Temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 berlangsung dengan penuh gilang-gemilang awal pagi tadi di sepanjang laluan Place de la Concorde dan Champs-Elysees.

Perancis, selaku tuan rumah, sekali lagi menampilkan kelainan dengan mengadakan perarakan di luar stadium, seperti yang dilakukan semasa temasya Olimpik baru-baru ini.

Majlis pembukaan itu melibatkan lebih daripada 5,000 atlet dan pegawai pengiring dari seluruh dunia.

Kontinjen Malaysia, yang terdiri daripada 24 atlet dan pegawai, tampil bergaya dalam busana ‘The Malaya’ hasil ciptaan Rizman Ruzaini.

Atlet wanita mengenakan baju kurung songket dengan kelubung, manakala atlet lelaki mengenakan baju Melayu Teluk Belanga.

Kontinjen Malaysia berada di giliran ke-94 dalam perarakan tersebut, dengan atlet angkat berat para negara, Bonnie Bunyau Gustin dan atlet berbasikal trek para negara, Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais, mendahului perarakan sambil membawa Jalur Gemilang.

Atlet lain yang turut terlibat termasuk atlet lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dan atlet olahraga, Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi.

Majlis pembukaan disempurnakan Perdana Menteri Perancis, Emmanuel Macron.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN